Friday, June 24, 2016

Ramadhan Tiba

Kucing pertama saya bernama Ramadhan,

Ya, walaupun saya ni bukan seorang yang alim dan Islamic orangnya, itulah nama kucing pertama saya dan isteri. Ceritanya bermula begini, pada bulan February 2015, saya ada beritahu isteri hajat saya untuk bekerja di Aussie. Hal ini kerana, gaji saya sebagai penjual buku fulltime amatlah menyedihkan. Ditambah lagi dengan kos sara diri yang semakin menekan, membuatkan jiwa saya memberontak ingin keluar dari Malaysia.
(Sekadar menyahut seruan menteri, huhu..)

Dipendekkan cerita, isteri saya bersetuju untuk memperkenankan hajat saya untuk keluar negara. Isteri saya kemudiannya mencari kucing sebagai bakal peneman disaat saya di Aussie nanti. Drama betul time tu, air mata jangan cakaplah, sampai ke dagu.

Usai sebulan mencari kucing, isteri saya ada berjumpa dengan seekor kucing, ya. Ramadhan lah namanya. Diberi sempena kelahirannya pada 1 Ramadan (entah tahun berapa kalendar Hijrah, kalau Masehi saya tahulah, 2015). Seekor kucing kampung yang comel dan sombong pun tiba di rumah kami. Mujurlah isteri saya bekerja di hospital yang ramai peminat kucing, tak adalah susah sangat mencari.

Walaupun Ramadan hanya seekor kucing kampung yang diberi percuma, sifat manja dan corak selebetnya menghiburkan kami, suami isteri newlywed.
Ramadan tahun 2015, selebet betul.
Dipendekkan cerita, Ramadhan semakin hari semakin jinak dengan kami. Ya lah, mana ada kucing terperuk 24 jam di dalam rumah yang tidak jinak bukan. Dibela bagai menatang minyak yang penuh, sehari 3 kali cedok wetfood kami bagi, sebagai bukti kami suami isteri begitu cintakan Ramadhan.

Babak sedih bermula apabila saya ditipu oleh rakan saya sendiri, Asyraf (bukan nama sebenar). Saya ditipu hidup² bhai. Habis duit RM2500 termasuk duit untuk buat passport dan visa. Maka meringkuklah saya di dalam rumah bersama Ramadhan selama 3 bulan. Kau bayangkan lah, mana saya nak letak muka dan maruah saya masa tu. Bini pi kerja laki jadi Mr. Mama di rumah. Semuanya disebabkan terlalu percayakan kawan.

Berbalik pada cerita Ramadhan. Selepas tiga bulan, saya ditawarkan kerja sebagai seorang marketing administrator di sebuah syarikat di Bandar Baru Bangi. Syarikat Melayu tau, bukan macam hang, kerja dengan Cina, gaji murah.
Bulan pertama saya dan isteri bekerja, Ramadhan jatuh dari tingkat tiga. Sedih betul masa tu, mungkin Ramadhan nak ikut saya pergi kerja naik motor, macam Fluffy kot. Nak diikutkan hati saya yang baran ini, ingin saja saya berpindah keluar dari Flat Hospital Jelebu tu. Tapi memikirkan saya bukan orang yang berada, saya paksakan juga diri tinggal di Flat Hospital Jelebu.

Tuesday, June 21, 2016

Kucing Paling Ramai Follower Di Malaysia.

American Shorthair.

Dibeli pada harga RM2000, Oh my jep menjadi trending dan kucing paling popular di Malaysia. Sehinggakan mempunyai hampai 300k followers.

Ciri-ciri seekor kucing American Shorthair antaranya ialah, tubuh berotot dan bersaiz sederhana ke besar. Seperti namanya, kebanyakkan kucing ini mempunyai bulu yang tidak terlalu panjang, dengan pelbagai variasi warna.

Mempunyai muka berbentuk bulat dan telinga berbentuk tajam. Yang lebih membuatkan mereka digilai selain dari kombinasi warna dan corak ialah mata mereka yang berbentuk bulat, biru dan peka.

Hamdan Karipuley

Kemana hilangnya Page FB Hamdan Karipuley yang 70k follower tu?

Ada siapa tahu?

Jai Si Pelukis Komik

Siapa tak kenal dengan Jai, pelukis Komik Ronyok yang mempunyai hampir 100k follower setakat artikel ini ditulis.

Selain dari menyampaikan mesej yang bermakna dalam setiap karya, coverup muka beliau dengan lukisan kucing begitu catchy sehingga beliau mudah dikenali.

Tidak ramai sebenarnya pelukis komik seperti Jai, dengan elemen sarkastik yang ditonjolkan, membuatkan ramai pembaca geli hati walaupun karya beliau dibaca dua kali(repost).

Support kartunis Malaysia.

@azwanjjai

Bengal

Bengal Cats,

RM30 000, itu adalah harga yang perlu dibayar oleh jutawan kosmetik, Aliff Syukri Terlajak Laris untuk membeli seekor kucing baka bengal dari Afrika Selatan.

Yang menariknya, kucing bengal ini besar, tegap dan berotot. Memiliki sepasang kaki belakang yang lebih panjang dari kaki hadapan adalah salah satu ciri² mereka.

Ukuran kepala mereka juga sedikit panjang berbanding American Shorthair, yang memiliki kepala lebar. Sepasang mata berbentuk almond menambah lagi ciri eksotik mereka. (Mata mereka dikelilingi warna hitam).